Rabu, 15 Ogos 2018

Aura Beauty Net

12 Tips Berpantang Dengan Betul Untuk Wanita Bersalin

12 Tips Berpantang Dengan Betul Untuk Wanita Bersalin

Berpantang selepas bersalin bukan merupakan perkara remeh yang boleh di pandang enteng. Jika tidak diamalkan cara berpantang yang betul boleh memudaratkan kesihatan di masa hadapan.

Antara tips berpantang yang boleh anda rujuk ialah seperti berikut...

12 Tips Berpantang Dengan Betul Bagi Ibu-ibu Baru Lepas Bersalin

# Tip 1 Bertungku
- sangat bagus untuk membantu mengecutkan rahim
- menaikkan semula peranakan agar kembali kepada keadaan asal

# Tip 2 Memakai Stokin
- untuk mengelakkan masuk angin ke dalam badan
- hendaklah sering di pakai sepanjang hari kecuali ketika mandi atau ke tandas

# Tip 3 Berurut
- lazimnya dilakukan selama 3 pagi berturut-turut
- bertujuan untuk membantu melancarkan perjalanan darah dan membantu proses pengeluaran susu
- membantu agar tubuh lebih segar dan tidak lemau

# Tip 4 Memakai Bengkung
- bertujuan untuk membantu ibu untuk mendapatkan semula bentuk badan yang asal
- berbengkung juga membantu untuk mengelakkan dari perut menjadi buncit
- membantu menghalang peranakan dari turun
- anda boleh memilih sama ada bengkung moden atau bengkung tradisional

# Tip 5 Mandi Herba
- bertujuan untuk mengembalikan kesegaran tubuh
- membantu melancarkan perjalanan darah
- membantu mengembalikan seri wajah
- menjadikan badan berbau harum

# Tip 6 Makanan Berpantang
- pastikan makanan yang dimakan bukan makanan yang berangin dan sejuk
- makan nasi yang masih panas

# Tip 7 Minum Air
- pastikan anda minum air yang secukupnya
- minum hanya air yang suam panas
- ELAKKAN minuman berais

# Tip 8 Jamu / Supplement
- pastikan anda mengambil jamu/supplement yang sesuai didalam tempoh berpantang
- jamu/supplement dapat membantu anda untuk merawat luka dalaman dan membantu melancarkan perjalanan darah
- jamu juga membantu menjadikan badan lebih bertenaga dan menambah pengeluaran susu badan

# Tip 9 Pilis
- sapu di bahagian dahi untuk membantu meredakan sakit kepala
- membantu melancakan perjalanan darah
- membantu menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun-ubun

# Tip 10 Lulur 
- lazimnya di lakukan sebelum mandi untuk membuang sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih lembut
- pilih lulur berasaskan halia yang dapat membantu membuang angin di dalam badan

# Tip 11 Tapel
- di sapu di bahagian perut sebelum berbengkung
- membantu mengurangkan kesan regangan semasa mengandung, membantu membuang angin di dalam badan
- membantu menegangkan kulit yang kendur di bahagian perut

# Tip 12 Bertangas
- dapat membantu mengecutkan rahim dan menguatkan otot vagina
- membantu mengurangkan bau di bahagian miss V
- membantu melancarkan nifas

Pantang Bersalin perlu dilakukan dengan betul dan sempurna agar kesihatan dalaman dan kecantikkan luaran lebih terserlah. Selain itu, berpantang selepas bersalin juga dapat membantu  emosi si ibu sentiasa stabil dan tidak terganggu.

Sokongan keluarga sama ada suami atau adik beradik supaya proses berpantang selepas bersalin lebih lancar dan si ibu dapat merasai kebaikan semasa dan selepas berpantang.


Selamat Berpantang...lalui proses berpantang dengan baik agar kesihatan tubuh dan mental dapat di jaga dengan baik...


Jamu Choco Untuk Ibu Berpantang


EmoticonEmoticon