Rabu, 31 Januari 2018

Aura Beauty Net

Tips Kuku Sihat Dan Cantik

Kuku adalah salah satu bahagian pada tangan yang perlu diambil berat. Ramai yang memandang remeh aspek penjagaan kuku terutamanya dari segi kebersihannya. Adakah anda tahu, melalui kuku ia dapat menggambarkan perwatakan seseorang itu.
.
Penjagaan kuku adalah sama nilainya seperti menjaga kecantikkan kulit, rambut dan anggota badan yang lain juga. Akan tetapi masih ramai tidak mengetahui bagaimana ingin menjaga kuku supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan cantik. Tips tradisional berikut diharap dapat membantu.

Antara berikut merupakan bahan-bahan alami yang dapat membantu anda mendapatkan kuku yang cantik dan sihat. 

• LIMAU NIPIS
Gunakan limau nipis untuk merawat kuku. Gosokkan limau nipis pada kuku dan biarkan selama beberapa minit kemudian cuci dan hasilnya kuku akan kelihatan cantik.

• BELIMBING BULUH
Bersihkan kotoran dicelah-celah kuku , kemudian ambil belimbing buluh dan gosokkan pada kuku.Pastikan kulit luar belimbing juga digunakan kerana ia boleh membantu menguatkan kuku


• KUNYIT HIDUP
Kunyit hidup sebenarnya dapat membantu menghilangkan bau kurang enak pada kuku. Campurkan parutan kunyit dengan minyak kelapa dan titiskan pada tempat yang diinginkan kemudian lap dengan tuala yang agak panas. Akhir sekali lap dengan kering dan lihatlah hasilnya.

• BAWANG PUTIH
Bawang putih sangat baik untuk kuku yang mudah patah. Caranya gosokkan bawang pada kuku yang rapuh sekerap mungkin. Ia dapat membantu menguatkan struktur kuku. Bawang putih juga boleh mengilatkan lagi kuku.

• GETAH BUAH BETIK
Getah buah betik baik untuk membersihkan kulit di luar kuku agar tidak mudah pecah dan menjadi tidak mudah kering. Ia dapat meindungi kuku dengan baik jika dilakukan dengan kerap.
   

Mudahkan untuk menjaga kuku kita agar sentiasa kelihatan cantik dan sihat.  Hanya menggunakan bahan-bahan alami tanpa modal yang tinggi.

Jom...
Jaga dan belai kuku anda... 
Kuku sihat, jari jemari lebih cantik di pandang...







EmoticonEmoticon