Tips Merawat Bibir Merekah Di Bulan Ramadhan

Tips Merawat Bibir Merekah Di Bulan Ramadhan

Tips Merawat Bibir Merekah Di Bulan Ramadhan

Ramadhan bakal menjengah tidak lama lagi.  Bulan yang paling dinanti-nantikan oleh semua umat Islam.  Bulan yang penuh dengan keberkatan.  Bulan terbaik di antara seribu bulan.

Ketika menjalani ibadah berpuasa pastinya tubuh kita akan kurang cecair yang boleh membuatkan bibir menjadi kering dan mudah merekah.  Walaupun sebenarnya masalah bibir kering dan merekah ini tidak hanya terjadi ketika bulan Ramadhan.  Malahan kita turut mengalami masalah bibir merekah ini di hari-hari biasa.

Pasti ada di antara kita yang tercari-cari tips untuk mengurangkan masalah bibir merekah di bulan Ramadhan nanti.  Di sini saya kongsikan sedikit tips untuk merawat bibir anda.  Semoga ia dapat memberi manfaat kepada anda semua.

Tips Untuk Merawat Bibir Merekah Di Bulan Ramadhan

Terdapat beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama anda terutamanya di bulan Ramadhan nanti. Antaranya :-
1- Amalkan Meminum Air Putih yang banyak di waktu malam untuk mengelakkan tubuh kekurangan cecair.
2- Cuba hindarkan memakan makanan yang pedas dan masin terutama ketika sahur.
3- Penggunaan lipbalm amat digalakkan kepada anda untuk mengelakkan bibir kering dan merekah.  Pastikan anda memilih lipbalm yang mengandungi SPF 15 dan berpelembap agar dapat memelihara bibir anda.
4- Madu amat baik untuk melembap dan melembutkan bibir anda.  Oleskan madu kebibir anda sebelum anda tidur dan anda akan mendapat hasil yang amat menakjubkan .
5- Amalkan scrub bibir anda seminggu sekali untuk memastikan sel-sel kulit mati di bibir dapat ditanggalkan selain dapat mengembalikan warna bibir yang kemerah-merahan.


Selamat Berpuasa...
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...

Salam  Ramadhan

Catat Ulasan

Noorsuzila Md Rus